Menopaus adalah haid yang terakhir di dalam kehidupan seorang wanita. Jadi anda dikatakan sudah mencapai menopaus jika haid yang anda alami sebelum ini adalah yang terakhir. Untuk menentukan bahawa anda benar2 menopaus , anda perlu menunggu selama 12 bulan kerana tidak datang haid boleh disebabkan oleh banyak faktor, malah kehamilan adalah salah satu keadaan yang menyebabkan anda tidak datang haid. Anda jangan menganggap bahawa pada usia 48-49 tahun ,anda tidak boleh mengandung. Jika anda masih subur dan melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda, anda masih boleh hamil. Apabila doktor mengesahkan anda telah menopaus dan dengan tiba2 pada satu hari anda dapati terdapat darah keluar dari faraj anda, maka itu dinamakan pendarahan posmenopausal ("postmenopausal bleeding"). Kebanyakan pendarahan ini disebabkan oleh masalah yang dikenali sebagai atropic endometritis, cervicitis ataupun vaginitis iaitu keadaan di mana akibat dari kekurangan hormon, lapisan kulit organ reproduktif anda menjadi rapuh dan mudah berdarah walaupun tanpa apa2 kecederaan. Walaupun kebanyakan punca pendarahan adalah bukan sesuatu yang serius tetapi anda tidak sekali2 boleh mengambil ringan kerana dengan usia anda dan dengan pendarahan yang berlaku, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit serius seperti kanser serviks, kanser rahim, kanser faraj dan kanser ovari. Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi bertemu dengan doktor dan dapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor anda akan melakukan pemeriksaan, mengambil pap smear, mengambil tisu dari dalam rahim dan ujian ultrasound. Jangan takut kerana anda mungkin akan menyesal kemudian hari jika anda tidak sedar kanser sedang bersarang di organ reproduktif anda. Melalui pengalaman saya, kebanyakan wanita yang mengalami pendarahan disebabkan oleh kanser, jika mereka datang awal, kanser yang mereka hadapi itu selalunya pada peringkat awal dan peluang untuk sembuh lebih baik. Pendarahan selepas menopaus juga disebabkan oleh jangkitan pada faraj dan serviks. Pengambilan hormon2 gantian dan herba2 yang mungkin mengandungi hormon juga boleh menyebabkan pendarahan selepas menopaus. Nasihat untuk anda adalah, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam, melakukan ujian saringan secara tetap samada saringan kesihatan, pap smear, mamografi dan lain2. Tidak ada orang lain yang akan membantu anda menjaga kesihatan diri anda selain dari diri anda sendiri.
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment