Sunday, September 27, 2009

Adakah Makanan Organik Lebih Baik Dari Makanan Biasa ?

Makanan Organik TIDAK mempunyai nilai nutrisi yang lebih baik dari makanan yang dihasilkan dengan cara konvensional
Rabu, 29 hb Julai 2009
 
Analisis yang sistematik (Systematic review) ke atas kertas penyelidikan dalam tempoh 50 tahun telah mendapati TIDAK ADA bukti yang menunjukkan bahawa makanan yang dihasilkan secara organik mempunyai nilai nutrisi yang lebih tinggi dari bahan makanan yang dihasilkan secara konvensional, menurut hasil kajian yang disiarkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition.
Pengguna sanggup mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk membeli barangan makanan yang berasaskan organik kerana mereka beranggapan bahawa bahan makanan organik ini lebih baik dan menyihatkan dan pasaran global bahan makanan organik ini pada tahun 2007 dianggarkan bernilai 29 billion pound sterling (£29 billion). Terdapat beberapa analisa dan kajiselidik yang telah dilakukan menunjukkan makanan organik mempunyai komposisi bahan nutrin yang lebih tinggi tetapi ianya bukanlah kajian atau analisis yang sistematik.
Penyelidik-penyelidik dari London School of Hygiene & Tropical Medicine telah melengkapkan analisa dan kajianselidik yang paling komprehensif pernah dilakukan mengenai kandungan bahan nutrin di dalam makanan organik . Analisis ini memfokuskan kandungan bahan nutrin di dalam makanan organik, walau bagaimanapun ianya tidak mengkaji kandungan bahan2 kontaminasi atau bahan2 kimia yang terdapat di dalam makanan dari hasil pertanian ini.
Lebih 50,000 kertas kajian telah dianalisa dan diselidiki, terdapat 162 rencana yang relevan telah ditemui dan disiarkan di dalam tempoh 50 tahun sehingga 29 hb Feb 2008 yang membandingkan kandungan nutrin di dalam makanan yang organik dengan makanan yang dihasilkan melalui kaedah konvensional. Para penganalisis pula akan memilih hanya kertas kajian yang berkualiti sahaja untuk dipilih dan kaedah pemilihannya adalah seperti berikut : The studies had to provide information on the organik certification scheme from which the foodstuffs were derived, the cultivar of crop or breed of livestock analysed, the nutrient or other nutritionally relevant substance assessed, the laboratory analytical methods used, and the methods used for statistical analysis.
Melalui kaedah yang terperinci bagi memilih hasil kajian yang terbaik di atas, didapati sebanyak 55 kertas kajian telah memenuhi criteria kertas yang mempunyai kualiti yang memuaskan dan kajian2 ini telah melihat perbandingan kandungan 13 nutrin utama di antara makanan organik dengan makanan yang dihasilkan melalui kaedah konvensional. Penyelidik-penyelidik telah mendapati bahawa TIDAK terdapat perbezaan di antara kandungan bahan nutrin yang terkandung di dalam makanan organik dan makanan yang dihasilkan secara konvensional. Sepuluh dari 13 kategori bahan nutrin yang telah dianalisa, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penghasilan nutrin di dalam kedua-dua bentuk makanan tersebut. Perbezaan yang dikesan hanyalah disebabkan oleh perbezaan dari segi penggunaan jenis baja ( kandungan nitrogen, fosforus) dan keranuman (ripeness) bahan makanan tersebut ketika dipetik ( menyebabkan perbezaan dari segi asiditi bahan makanan) , dan perbezaan ini tidak akan memberi apa2 kelebihan kepada makanan organik dari sudut bahan nutrin dan juga manfaat kesihatan.
Alan Dangour, dari London School of Hygiene & Tropical Medicine's Nutrition dan Public Health Intervention Research Unit, dan salah seorang dari penulis lapuran tersebut membuat komen berikut : ' Perbezaan yang kecil di antara kandungan nutrin di dalam bahan makanan organik berbanding dengan makanan yang dihasilkan secara konvensional berkemungkinan besar TIDAK akan memberi sebarang manfaat yang relevan kepada kesihatan orang awam. Kajian kami juga telah menunjukkan tidak ada bukti untuk mengesyorkan pengambilan bahan makanan organik untuk tujuan mendapatkan nilai nutrisi yang lebih tinggi.'.
Untuk maklumat lanjut, atau untuk menemuramah penulis dan pengkaji lapuran ini sila hubungi Gemma Howe in the London School of Hygiene & Tropical Medicine Press Office:
Gemma.howe@lshtm.ac.uk
Tel: +44 (0)20 7927 2802/07828 617 901
Food Standards Agency Press Office:
Tel:+44 (0)20 7276 8888
Emer.timmins@foodstandards.gsi.gov.uk

Notes to Editors:
Nutritional quality of organik foods: a systematic review
Authors: Alan D Dangour, Sakhi K Dodhia, Arabella Hayter, Elizabeth Allen, Karen Lock, Ricardo Uauy

Sunday, September 20, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri

Kita sudahpun selesai melaksanakan ibadah puasa dan jika usia kita masih panjang , kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan di tahun hadapan. Di dalam meraikan Aidilfitri ini, kita hendaklah kita menjaga pemakanan kita kerana pada ketika inilah kita akan dapati berbagai2 juadah disediakan. Juadah2 yang disediakan pada hari raya seringkali mengandungi kalori dan lemak tepu yang tinggi. Rendang daging, ketupat, kek lapis, buah hulu dan lain-lain memang sesuatu yang tidak boleh tidak sebagai suatu sajian rutin tetapi berhati2 kerana inilah makanan yang mengandungi tinggi karbohidrat dan lemak yang boleh meningkatkan tahap kolesterol dan jika anda telah tergolong di dalam golongan sindrom metabolik, tidak mustahil sedikit masa lagi anda akan mengalami diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Ambillah makanan ini secara berpada2 dan jangan lupa untuk meneruskan ibadah puasa dan mendapat pahala di samping boleh mengurangkan lagi berat badan kita iaitu melaksanakan Ibadah Puasa 6 yang sangat digalakkan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Thursday, September 17, 2009

Pendarahan Faraj Selepas Menopaus

Menopaus adalah haid yang terakhir di dalam kehidupan seorang wanita. Jadi anda dikatakan sudah mencapai menopaus jika haid yang anda alami sebelum ini adalah yang terakhir. Untuk menentukan bahawa anda benar2 menopaus , anda perlu menunggu selama 12 bulan kerana tidak datang haid boleh disebabkan oleh banyak faktor, malah kehamilan adalah salah satu keadaan yang menyebabkan anda tidak datang haid. Anda jangan menganggap bahawa pada usia 48-49 tahun ,anda tidak boleh mengandung. Jika anda masih subur dan melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda, anda masih boleh hamil. Apabila doktor mengesahkan anda telah menopaus dan dengan tiba2 pada satu hari anda dapati terdapat darah keluar dari faraj anda, maka itu dinamakan pendarahan posmenopausal ("postmenopausal bleeding"). Kebanyakan pendarahan ini disebabkan oleh masalah yang dikenali sebagai atropic endometritis, cervicitis ataupun vaginitis iaitu keadaan di mana akibat dari kekurangan hormon, lapisan kulit organ reproduktif anda menjadi rapuh dan mudah berdarah walaupun tanpa apa2 kecederaan. Walaupun kebanyakan punca pendarahan adalah bukan sesuatu yang serius tetapi anda tidak sekali2 boleh mengambil ringan kerana dengan usia anda dan dengan pendarahan yang berlaku, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit serius seperti kanser serviks, kanser rahim, kanser faraj dan kanser ovari. Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi bertemu dengan doktor dan dapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor anda akan melakukan pemeriksaan, mengambil pap smear, mengambil tisu dari dalam rahim dan ujian ultrasound. Jangan takut kerana anda mungkin akan menyesal kemudian hari jika anda tidak sedar kanser sedang bersarang di organ reproduktif anda. Melalui pengalaman saya, kebanyakan wanita yang mengalami pendarahan disebabkan oleh kanser, jika mereka datang awal, kanser yang mereka hadapi itu selalunya pada peringkat awal dan peluang untuk sembuh lebih baik. Pendarahan selepas menopaus juga disebabkan oleh jangkitan pada faraj dan serviks. Pengambilan hormon2 gantian dan herba2 yang mungkin mengandungi hormon juga boleh menyebabkan pendarahan selepas menopaus. Nasihat untuk anda adalah, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam, melakukan ujian saringan secara tetap samada saringan kesihatan, pap smear, mamografi dan lain2. Tidak ada orang lain yang akan membantu anda menjaga kesihatan diri anda selain dari diri anda sendiri.

Monday, September 7, 2009

SINDROM PRA-HAID ("PREMENTRUAL SYNDROME")

Mungkin anda pernah bertemu dengan gadis atau wanita yang terlalu sukar didekati dan mempunyai sikap panas baran serta susah untuk bertolak ansur. Emosi yang tidak stabil ini rupa-rupanya berlaku pada waktu-waktu tertentu, pada permulaannya anda mungkin menyangka ianya mempunyai hubungan dengan masa mendapat gaji tetapi apa yang berlaku adalah ianya boleh berlaku pada bila2 masa tetapi sekali di dalam sebulan. Anda mungkin berdepan dengan seorang wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid. Sila ikuti beberapa fakta mengenainya.
 

APAKAH SINDROM PRA-HAID/SINDROM PREMENSTRUAL ("PREMENSTRUAL SYNDROME")

 

Sindrom Pra-Haid adalah gejala-gejala yang dialami oleh seseorang wanita sebelum kedatangan haid dan ianya berlaku berulang-ulang kali. Gejala-gejala ini berlaku ketika fasa sekretori ataupun fasa luteal di dalam kitaran haid. Gejala-gejala yang dialami boleh terdiri dari gejala fizikal dan gejala-gejala psikologi/emosi. Kajian menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurang  150 jenis gejala yang pernah dilaporkan oleh wanita-wanita yang mempunyai kaitan dengan Sindrom Pra-Haid. Tidak hairanlah mengapa Sindrom Pra-Haid ini dialami  oleh berjuta-juta wanita di seluruh dunia.  Kajian juga menunjukkan bahawa 85% dari wanita-wanita pernah mengalami satu atau kombinasi dari gejala-gejala Sindrom Pra-Haid. Walau bagaimanapun kebanyakan gejala-gejala yang dialami adalah bersifat ringan dan tidak memudharatkan. Dikatakan bahawa hanya 2-10% daripada wanita-wanita ini mengalami gejala-gejala yang berat serta serius dan memerlukan rawatan.  

 

APAKAH PUNCA SINDROM PRA-HAID

 

Punca terjadinya Sindrom Pra-Haid masih menjadi tandatanya walaupun banyak kajian telah dijalankan. Sindrom Pra-Haid hanya berlaku jika wanita berkenaan mengalami proses ovulasi dan salah satu kaedah rawatan Sindrom Pra-Haid ini adalah dengan memberi ubat-ubatan yang dapat merencat atau menghalang berlakunya ovulasi. Wanita yang tidak menjalani proses ovulasi tidak akan mengalami masalah Sindrom Pra-Haid. Sindrom Pra-Haid boleh berlaku se awal 2 minggu sebelum kedatangan haid dan boleh berakhir tidak lewat dari 3-4 hari perdarahan haid. Kebanyakan gejala-gejala yang dihadapi akan berkurangan dan hilang apabila wanita tersebut mengalami perdarahan haid.

 

APAKAH GEJALA-GEJALA YANG KERAP DIALAMI OLEH WANITA YANG MENGALAMI SINDROM PRA-HAID.

 

Seperti yang dinyatakan di atas , terdapat sekurang-kurangnya 150 jenis gejala-gejala yang pernah dilaporkan dialami oleh wanita-wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid, malah ada juga kajian yang menunjukkan ianya hampir mencecah 200 gejala-gejala jika dikumpul kesemuanya.  Walau bagaimanapun seseorang wanita akan mengalami  salah satu ataupun kombinasi beberapa gejala tersebut sahaja.

Gejala-gejala yang sering dialami oleh wanita-wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid ini merangkumi 3 aspek yang utama iaitu :

 

A.     GEJALA-GEJALA TINGKAHLAKU ("BEHAVIORAL SYMPTOMS")

Kelesuan dan hilang fokus

Kesukaran tidur (insomnia)

Kurang nafsu seks

Pening

Mengidam makanan-makanan tertentu

Makan secara berlebihan

 

B.      GEJALA-GEJALA PSIKOLOGI ("PSYCHOLOGICAL SYMPTOMS")

Panas baran

Mudah marah

Kemurungan

Mudah menangis

Keliru

Pelupa

Kemurungan

Mengalami tekanan perasaan

Gelisah

Terasa kesunyian

Kurang keyakinan diri

 

C.      GEJALA-GEJALA FIZIKAL ("PHYSICAL SYMPTOMS")

Sakit Kepala

Sakit dan ketegangan pada payudara

Sakit belakang

Perut kembong

Kenaikan berat badan

Bengkak pada kaki dan tangan

Loya

Sakit otot dan sendi-sendi

Thursday, September 3, 2009

Fibroid


Fibroid adalah ketumbuhan bukan kanser yang paling kerap menyerang rahim seseorang wanita. Jika kita melakukan pemeriksaan ultrasound secara rambang ke atas semua wanita, kajian menunjukkan 20-25% dari wanita2 ini akan dikesan mempunyai fibroid. Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mengalami gejala malah mereka langsung tidak menyedari kehadirannya.

Berikut adalah gejala2 fibroid:
1. Tiada gejala (paling kerap)
2. Pendarahan haid yang banyak
3. Kencing kerap ataupun sukar membuang air kecil
4. Sembelit
5. Sakit jika fibroid menjalani degenerasi terutama ketika hamil

Komplikasi fibroid:
1. Kurang darah
2. Kemandulan jika fibroid terletak pada bukaan salur pangkal rahim atau tiub falopian
3. Kegagalan buah pinggang jika fibroid menyempit kedua2 saluran ureter yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing
4. Degenerasi
5. <1%>60 tahun boleh berdepan dengan risiko fibroid bertukar menjadi kanser yang dikenali sebagai leiomyosarcoma

Rawatan:
1. Tiada rawatan jika fibroid bersaiz kecil dan tidak menyebabkan gejala2 di atas
2. Ubat yang dapat merencat hormon wanita
3. Pembedahan miomektomi : mengeluarkan fibroid dari rahim
4. Uterine artery embolization : menyumbat saluran darah yang membekal rahim, apabila salur darah arteri uterin ini disumbat, bekalan darah yang membekal fibroid juga akan berkurangan dan menyebabkan fibroid mati
5. Histerektomi: mengeluarkan rahim


Histerektomi adalah pembedahan mengeluarkan rahim dan ini adalah ikhtiar terakhir. Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mendapat kemungkinan mendapat kembali fibroid di masa hadapan.